Jabatan Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti bertanggungjawab terhadap segala aspek fizikal kampus ini. Fungsi jabatan merangkumi kerja teknikal dan kejuruteraan yang boleh di bahagikan mengikut disiplin Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraann Mekatronik dan Instrumentasi dan Pentadbiran Am jabatan yang merangkumi urusan kewangan, tawaran sebutharga dan perbekalan alat-alat.
Dalam hal pembangunan fizikal dan pengindahan kampus, jabatan ini bertindak sebagai penyelaras, urusetia dan pelaksana.
Jabatan ini juga mampu menjalankan kerja-kerja penyenggaraan alat-alat elektrik dan elektronik yang banyak terdapat di kampus ini.